Wednesday, 2 September 2015

Muhasabah Cuti

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sayangnya Allah pada kita atas segala nikmat yang tak mampu dihitung saat ini.

Thank you ya Rabb !

-------------------------------------------------------------------------------------------

Berbaki tiga hari sebelum cuti semester kali ini menutup tirai. Tibalah masa untuk bermuhasabah sejauh mana diri menggunakan nikmat cuti semester pada kali ini.

Setiap sem beriya buat planat utk adik2 ni adik2 tu, planat sendiri kadang terlupa. Kakak naqibah jenis apa ni. Bagi sentap sikit biar sedar especially buat daie yang konon claim buat kerja dakwah. Erk.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kata 
'masa cuti ni la nak all out tarbiyah dan dakwah' 

Ada juga yang kata
 'waktu cuti ni la waktu paling mencabar bagi seorang daie'

Dan aku kata ' boleh tak nak rehat jeee'
( minta penampar mak naqibah namanya ni )


------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan dari kata Prof Muhaya 'Jom Audit diri'..

Mari duduk sebentar, kita beriman sejenak :)

1. Hafazan Juz Amma. Berapa surah berjaya di hafaz ? 
2. Usrah kabilah. Berapa kali hadir ? 
3. Bacaan bukubuku fikrah. Berapa buah khatam ? 
4. Santuni keluarga ( sobsobs )
5. Santuni mad'u di medan masing2 ( sobsobs )
6. Daurah / program tarbiyah. Berapa kali hadir ?
7. Tunaikan hak kawan-kawan, saudara mara. walimah, raya, ziarah dll
8. Mutabaah amal menaik ka, menurun ka ?
9. Qiamullail, one day one juz apa khabar ?
10. Target cuti tercapai ? Travel, nak belajar itu ini dll.
11. Result semester lepas macam mana ? 
12. Dan banyak lagi... 

Tepuk dada tanya iman. Tarbiyah terjaga tak ?

Moga Allah sudi ampunkan dosadosa kita.
 Tsabbit Qalbi ala deenik wa ala thoatiq wa ala dakwatik.



Menulis semata mata kerana Ilahi,
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.




Thursday, 19 March 2015

Al- Fateh

Welcome to Segamat Si Comel Al-Fatih :)


Ujian dan pengalaman membuatkan kita lebih kuat. Sekuat tiger. Malah lebih kuat. Alhamdulillah ! 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kereta mati di tgh jalan raya. Hon berbunyi di belakang tanpa henti. Femes seketika. Tet. Neves nya Allah saja yang tahu. Rileks. Start enjin, masuk gear satu dan jalan. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

Di tengah matahari yang memancar dengan jayanya. Pergi bengkel. Tanya itu ini. Setiap bengkel, lain jawapannya. Hmm. Absorber, spring, buffer. Tet. Bikin jiwa wanita ini merana sebab tak tahu apa2. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

Balik usrah, daurah dll. Drive sorang2 malam2 buta. Neves Nya Allah saja yang tahu. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman selebihnya bersama Al-Fateh biarlah menjadi rahsia kami berdua. Cewah. Moga moga Al-Fateh sudi menjadi saksi di destinasi terakhir nanti :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Teruskan berbakti buat ummat duhai Si Cilik Al-Fateh. Walau usia mu sedekad lamanya, kan ku pastikan semangat mu semuda Al-Fateh :)



Dan kerana Tuhan mu, bersabarlah :)




Menulis semata mata kerana Ilahi,
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Monday, 16 March 2015

Qawiy

Bilamana kamu merasakan semakin hari jalan ini semakin susah.

Itu baru dinamakan kamu membuat dakwah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Allah.. andai benar sebesar ini pengorbanan yang perlu aku berikan.. aku rela jika ini yang membawa kepada keredhaan Mu. 

Allah.. aku yakin, Engkau tidak meletakkan ku di jalan ini, melainkan Engkau mahu aku terus menerus memperjuangkan agama Mu.

Allah.. aku pasti, hanya dengan pertolongan Mu, aku mampu memikul beban dakwah ini, jika ini yang bisa membuatkanku untuk terus menerus berada di jalan ini.

Allah.. biarkan aku perlu berusaha sedaya upayaku semata mata bagi memastikan keberlangsungan dakwah dan tarbiyah terus subur di bumi Segamat. Aku redha. Teguhkan langkahku Ya Rabb !

Allah.. terima kasih kerana terus menerus mengurniakan jiwa jiwa suci yang mempu mengubat hati ini agar terus tsabat di jalan dakwah dan tarbiyah.

Allah.. terima kasih kerana menunjuki jalan ini. 

Tarbiyah is the seed of everything and everything begins with tarbiyah. 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Aku kagum pada mereka yang bergelar akhawat.

Kerana mereka bekerja semata mata hanya kerana Allah. 

Bukan kerana persatuan mahupun jawatan yang disandang.


Aku kagum pada mereka yang bergelar akhawat.

Saling menguat sesama mereka biarpun berlainan benua.

Biarpun mehnah menuntut di luar kemampuan seorang wanita.

Saling menjaga kawasan masing2 agar dakwah dan tarbiyah terus mekar dalam redha Nya.

Tiba masa pertemuan itu. Yakinlah Allah tidak akan mensia siakan mu. 

Terus kuat ya !

--------------------------------------------------------------------------------------------------



Menulis semata mata kerana Ilahi,
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Friday, 6 March 2015

Hamasah



“Dakwah ini tidak mengenal sikap lemah. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penyerahan sepenuhnya. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia mesti hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul bebanan ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan menggantikan mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.”

Imam Syahid Hassan Al Banna

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah ada pelbagai cara dalam memujuk kita.

Disaat diri terasa ingin dibelai oleh pelukan kasih sayang Nya, Allah menghantar seorang insan untuk terus memujuk agar terus teguh dalam jalan ini.

Ya, benar. Jalan ini memang susah. Allah tahu kamu penat. Allah tahu kamu tiada masa untuk diri kamu sendiri. Allah tahu kamu banyak masalah dalam jalan ini. Allah tahu. Allah tahu.

Bukankah kamu sudah berjanji untuk terus memikul beban dakwah ini ?

Bukankah sibuk di jalan Nya lebih indah dari sibuk pada perkara tak berfaedah ?

Allahu.

Again. Allah ada pelbagai cara dalam memujuk kita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang yang tidak menyampaikan dakwah umpama stesen janakuasa yang tidak menyalurkan elektrik. 

Cuba renungkan analogi Imam Syahid Hassan Al-banna ini:

"Di setiap kota ada stesen janakuasa elektrik. Para pegawai memasang tiang dan kabelnya di seluruh ceruk kota, lalu elekrik mengalir ke rumah, kilang, kedai dan tempat2 lain. Jika aliran letrik itu dimatikan dari stesen janakuasa, tentulah seluruh tempat jd gelap. Tenaga letrik ada d stesen janakuasa itu, cuma ia tiada faedahnya kerana tidak dimanfaatkan"

Semoga kita selalu menjadi penjana "dakwah" di bumi mana kita pijak insyaAllah.

Jzkk Ukhti Fillah ♡


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Wednesday, 4 March 2015

Lelah dalam damai



Kerana kasih sayang Mu yang tak pernah putus.. 

Ringkas. Huraian yang sangat cantik.

 Secantik setiap ujian dan permasalahan yang melanda.

Hidup di bawah bayangan Al-Quran.



'Quranic Circle Ibadurrahman' 

Surau SMK. 4 Mac 2015.




FI ZILALIL QURAN - SAYYID QUTB     
     
Surah Al-Insyiqaq Ayat 6      
      
'Wahai manusia ! Sesungguhnya engkau bekerja dengan begitu penat menuju Tuhanmu, maka engkau pasti akan menemuiNya'     
     
Engkau berpenat lelah meredah jalan pengembaraan hidupmu.
Engkau berpenat lelah memikul beban dan tanggunganmu.
Engkau berpenat lelah berusaha dan berjuang dan
Engkau berpenat lelah berjalan untuk sampai kepada Allah di akhir perjalananmu.     
     
Ya, engkau akan pulang kepada Allah setelah engkau berpenat lelah dalam hidupmu.     
     
Wahai Insan,    
    
Engkau terpaksa berpenat lelah walaupun untuk mencapai kenikmatan dan kesenangan hidupmu.
Engkau tidak akan mencapai kenikmatan itu di bumi melainkan dengan kesungguhan bekerja dan dengan berpenat lelah berusaha, sama ada kepenatan tubuh badan dan kerja kuat atau kepenatan berfikir dan meluah perasaan.

Pengalaman sedemikian dialami oleh semua semua orang yang berada atau orang yang tidak berada. Cuma yang berbeza ialah jenis kesungguhan bekerja dan kepenatan yang dialaminya.

Oleh itu, kepenatan dan kejerihan itu merupakan suatu hakikat yang tetap dalam kehidupan manusia. Kemudian seluruh manusia akan mengakhiri penjelajahan hidupnya dengan kepulangan kepada Allah.    
     
Wahai Insan.   
Engkau tidak akan menemui kerehatan di muka bumi ini buat selama-lamanya. Kerehatan ini hanya berada di akhirat untuk mereka yang patuh dan menyerah diri kepada Allah. Kepenatan dan kejerihan itu hanya satu sahaja di bumi dalam kehidupan dunia ini walaupun berlainan warna dan rasa, tetapi akibatnya berlain-lainan apabila engkau sampai kepada Tuhanmu. Disana ada orang yang menerima kepenatan dan kesusahan yang mengatasi segala kepenatan dan kesusahan di muka bumi ini dan ada orang yang menerima kenikmatan yang menghapuskan segala penderitaan yang pedih dan jerih yang dialaminya di bumi seolah olah ia tidak pernah mengalami kepenatan dan kejerihan.  
  

Wahai insan yang dikurniakan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang istimewa !

Pilihlah untuk dirimu jalan yang layak dan sesuai dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah kepadamu.

Pilihlah jalan yang memberi kerehatan kepadamu dari segala kepenatan semasa engkau menemui Allah kelak.

Seruan ini menghubungkan dengan untung nasib yang akan diterima oleh orang-orang yang berpenat lelah dan bertungkus lumus di dunia apabila mereka sampai di penghujung jalan menemui Tuhan mereka.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tenang. Sangat tenang bilamana Allah memujuk setiap lelah yang dilalui menerusi setiap bait ayat ayat cinta Nya agar kita terus menerus bangkit dalam meneruskan perjuangan ini.


Lelah bukan Lemah. Kerana adakalanya lemah itu mendamaikan. Sedamai pelukan kasih sayang Nya.



Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.



Mukhayyam

Mukhayyam Khariji 2015.

Ku pikul dakwah
Ku bina kepimpinan

Dakwah itu cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari kamu.

Fath
Nanad
Syida
Amal
Huda
Yaya
Tiqah
Akma

Sungguh. Sangat berat untuk melepaskan.
Allah, ku mohon jagakan mereka agar terus kuat dalam jalan ini.



Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Semalam



3 Mac 2015

Kejatuhan Khilafah Islamiyah.

Apa USAHA kamu untuk membina nya semula ?

Allahu Allah


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.


Monday, 23 February 2015

Tarbiyah Cuti Sem ( Part 2 )



Tarbiyah 2 hari di wad ICU

Jeritan dan tangisan tiada henti

Katil sebelah yang sering berganti

Tiada kata yang dapat diungkap melainkan agar diberi keredhaan dalam setiap detik kehidupan ini

Lalu tanyalah pada diri

Apa amal mu yang bisa menjadi hujah di hadapan Tuhanmu nanti ?

Yang pasti.. post ini ditujukan khas buat diri yang penuh dosa menggunung tinggi


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Friday, 20 February 2015

Tarbiyah Cuti Sem ( Part I )




Kembara Tarbiyah di Bumi Pahang

21 hingga 23 Januari 2015

Betapa hebatnya aturan Allah bilamana Dia pertemukan dengan Kak Qila dalam misi ini. Banyak yg saya belajar dari dia. Alhamdulillah !

Akk, mcm mana ye sistem tarbiyah di Rusia ? Mcm mana halangan2 disana ? Mcm mana dgn pemeringkatan mustawa ? Mcm mana... ? Mcm mana..?  dll.

Banyak betul soalan kamu.

'Setiap tempat itu berlainan ujiannya. Apa yang penting kita harus teguh dalam jalan ini. Kerana kita yakin dengan jalan ini sahaja yang mampu melahirkan kader kader yang mahu bekerja untuk Allah dengan penuh keikhlasan' ( Unknown)

'Hati bertemu sebelum jasad bertemu' ( ISHAB)

'Jaja, kita perlu set hadaf tersendiri dlm misi ni. Wlpn secara dasarnya ia adalah program umum'
( Ukhti Aqilah)

Bak kata pepatah. Sambil menyelam minum air :)

- Segamat - Temerloh- Jerantut-

 'Misi bantuan banjir kali ini sangat berbeza berbanding sblm ini yang pernah saya join, banyak yang saya belajar, pagi hingga petang jadi sukarelawan, mlm pula terisi dengan perkongsian dari kakak2, terima kasih ! next program ajak kami lagi :)' 
( Adik SMK Seri Kenangan)

Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik baik Perancang adalah Dia. Hadza min fadhli Rabbi.

Tiada yang menjadi impian kami melainkan agar adikadik bersama di jalan ini suatu hari nanti.

3 hari 2 malam moga bermanfaat dalam redha Nya.

Terima kasih sisters kerana kalian baik baik belaka. Clap clap :)

Alhamdulillah thumma walhamdulillah





Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.




Reunion

Tsabatkan kami di jalan ini dengan penuh keikhlasan Ya Rabb. 


Menjadi perkara biasa untuk sahabat-sahabat yang telah terpisah lama untuk kemudiannya mengatur satu majlis reunion.
Biasanya ia diadakan di kedai-kedai makan,
atau di rumah salah seorang daripada mereka.
Yang penting ada makan, eh eh.
Dan dalam majlis tersebut,
akan ada ayat yang sering kedengaran.
“Kau ingat tak time ……”
“Aku lepas daripada tu, aku …..”
“Lepas tu kau buat apa lak? Aku …”
Masing-masing dengan kisah masing-masing,
kopi teh dihirup dengan penuh semangat.
Ini membuatkan saya terbayang,
bagaimana pula reunion di SyurgaNya kelak?
Dengan mahligainya yang tidak terhingga luas,
dengan sungai yang mengalir di bawah pelbagai rasa,
dengan bidadari-bidadari yang cantik menawan.
Dan paling best,
dapat reunion dengan Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a.
Dapat sembang live tau tak,
dapat dengar cerita fresh daripada mereka,
pasal perang Badar di mana mereka menang dengan hanya 300++ orang,
dan berbekalkan senjata yang lebih sesuai tidak dipanggil senjata.
Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang penuh dugaan,
dapat dengar direct daripada Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a. dan Ali Abi Talib r.a.
Dapat jugak jumpa dengan mereka-mereka di zaman Khalifah selepas itu.
Dapat sembang dengan Ibn Sina, al-Khawarizmi,
Sultan Muhammad al-Fateh (ni serius nak!!!),
Salahuddin al-Ayubi (ni punnn!).
Dapat jumpa dengan Imam Bukhari, Hamka, Ibn Katsir, Imam Ghazali,
Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yassin.
Ini baru sikit tau tak.
Dan paling best kan,
kita takkan perlu lalui satu ketika,
yang kita dah syok habis dengar cerita orang tu,
pastu tetiba dia kata dia ada hal, kena pergi sekarang, lain kali sambung.
That is so much of a joy-killer.
Tapi di Syurga,
insyaAllah tiada joy-killer macam tu.
Kita ada selama-lamanya untuk bertaaruf,
untuk bergembira.
Hoyeaaah!
Bila dengar perkara macam ni,
rasa best kan nak beramal,
biar kecil mana pun amal kita?
*senyum*

Sumber : quranicgen.com


Diabadikan di blog ini kerana artikel ini sangat menarik dan saya tidak mahu kehilangannya. Senyum.



Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Sejernih Matamu



'era rindu ayah ?'

'rindu'


Dan kelihatan dipipinya jernih air mata dlm senyuman :')

Hari ke -25. 

Al-fatihah buat arwah Rosman bin Maruan.


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Sunday, 15 February 2015

One Step Closer




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum kesibukan berganda ganda, mari menulis sebelum kelupaan melanda.


'Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah dibumi dan Dia Mengangkat (derjat) sebahagian kamu diatas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang DiberikanNya kepadamu... '
 ( Al-An'am 6:165)

'Awak tak boleh tolak tau jika ada akhawat pelawa awak jadi muwajjih KECUALI kalau awak memang betulbetul ada uzur syar'ie' 
(Ukhtie Fathiah)


Tersentak juga bila dengar ayat ni. Tapi disebabkan ayat ini juga menjadi batu loncatan buat diri untuk terus lebih bersungguh sungguh dalam jalan ini. Sampai bila diri ini hanya menerima tanpa memberi ? 

Memang diakui, menjadi muwajji bukan senang. Terutama buat diri ini yang kadang-kadang gabra tak menentu. Tapi perasaan itu boleh dikawal, boleh dilatih. Lebih lebih lagi apa yang disampaikan itu adalah firman firman Allah. 

'Seorang muwajjih itu perlu jelas dalam jalan ini, dia dipilih bukan untuk menyampaikan bahan semata-mata, hakikatnya dia perlu untuk menyampaikan FIKRAH dari bahan itu' 
( Daurah Muayyid)

Dan tips yang paling mujarab untuk melawan perasaan takut gabra sedih gundah gulana sebelum menjadi muwajjih adalah dengan :

Meletakkan setinggi tinggi kebergantungan hanya pada Allah kerana Dia adalah sebaik baik Penolong. Smile :)

- Selawat
- Istighfar
- Solat Taubat
- Solat Hajat 

Zahirkan setiap permintaan dalam sujud terakhir. Dan mintalah pada Allah agar adikadik diberi kefahaman dalam agama, diri diberi kelancaran dalam menyampaikan bahan dan fikrah dan yang paling penting moga Allah redha dengan usaha sekecil ini dalam menyambung rantairantai perjuangan Rasulullah saw.
* I miss you so much Rasulullah !

Bila difikir-fikirkan semula, mudah sebenarnya di zaman ini bilamana semua bahan dah tersedia untuk membantu muwajjih antaranya : 

- Recording muwajjih terdahulu
- Modul
- Bahan 
- Buku rujukan
- Nuqaba' untuk bertanya
- Dan banyak lagi

Cumanya... nak atau taknak sahaja. Saya juga sedang bertatih. Sobsobs. Moga moga Allah sentiasa memilih kita untuk terus tsabat dalam gerabak ini. Ameen !


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.




Saturday, 14 February 2015

Tiga Belas Februari


Bersyukur atas peluang ini wlpn sekali. Goodbye awk si pinky :)

Allah does not want to place you in difficulty but He wants to purify you and complete His favour on you that you may be thankful ( Al- Maidah : 6)


Belajar semata mata hanya mengharap redha Allah.

Bukan kerana anugerah dekan mahupun selempang pink.

Boleh jadi Allah menguji kamu kerana mahu mensucikan niat mu.

Allahu. Terima Kasih atas tarbiyah kali ini. Smile :)


Kalau kita tak dapat apa yang kita suka, 
kita kena suka apa yang kita dapat.
 Dan Allah adalah seperti mana sangkaan kita pada Nya.
 (Ukhti Nurul)


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Dua Belas Februari


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai 
( 89:27-28)

Perginya seorang murabbi ketika ini mengingatkan kembali akan perginya seorang tokoh pejuang Islam yang amat aku kagumi. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.
*Al- Fatihah buat mereka

Sesuatu yang bisa menjadi ingatan selepas kematian adalah kerana jasanya pada ummat ( Buku Lapis-lapis keberkahan )
* Susunan ayat sedikit berbeza, tapi insyaAllah isinya tetap sama. Sebab saya ingat2 lupa. Hihi :)

Bila seorang mujahid dakwah pergi, pasti beribu yang akan lahir. Dan pastikan KITA antaranya (Unknown)

Seseorang yang mendapat suntikan tarbiyah pasti akan melihat setiap apa yang berlaku dari sudut kaca mata Islam. Hatta sebutir nasi yang menjadi santapan.

Kagumi dan contohilah mereka. Bukan meratapi tanpa tindakan. Kagum bukan taksub. 

Jadikan mereka sebagai pembakar semangat dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. 

Medan amal berbeza dengan medan kata. Boleh jadi, kita akan diuji dalam setiap kata dan penulisan.

Teruskan melangkah wahai jiwa jiwa muda. Jangan biarkan diri terleka dengan nikmat usia.

Moga Allah terus menerus memberi kekuatan luar biasa dalam setiap langkah dan tutur kata.


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.



Iftitah



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma walhamdulillah.


Kerana Dia yang mengilhamkan diri ini untuk menulis.


'Menulis adalah sesuatu yang perlu dilatih' 
( Penulis Buku Aku Hamasah As-syabab )

'Dan salah satu cara ilmu bermanfaat yang boleh dibawa selepas mati adalah melalui penulisan'
(Ukhti Aisyah Muharikah

'Menulislah walau dimana sahaja, kerana ilham Allah itu ada dimana-mana'
(Salim A. Fillah)

'Dan kerana penulisan itu mampu mengubah dunia seperti karya Sayyid Qutb'
(Naqibah ku yang tercinta)


Langkah pertama bermula.


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.