Kerana kasih sayang Mu yang tak pernah putus..
Ringkas. Huraian yang sangat cantik.
Secantik setiap ujian dan permasalahan yang melanda.
Hidup di bawah bayangan Al-Quran.
Hidup di bawah bayangan Al-Quran.
'Quranic Circle Ibadurrahman'
Surau SMK. 4 Mac 2015.
FI ZILALIL QURAN -
SAYYID QUTB
Surah Al-Insyiqaq Ayat
6
'Wahai manusia !
Sesungguhnya engkau bekerja dengan begitu penat menuju Tuhanmu, maka engkau
pasti akan menemuiNya'
Engkau berpenat lelah
meredah jalan pengembaraan hidupmu.
Engkau berpenat lelah
memikul beban dan tanggunganmu.
Engkau berpenat lelah
berusaha dan berjuang dan
Engkau berpenat lelah
berjalan untuk sampai kepada Allah di akhir perjalananmu.
Ya, engkau akan pulang
kepada Allah setelah engkau berpenat lelah dalam
hidupmu.
Wahai
Insan,
Engkau terpaksa berpenat
lelah walaupun untuk mencapai kenikmatan dan kesenangan hidupmu.
Engkau tidak akan
mencapai kenikmatan itu di bumi melainkan dengan kesungguhan bekerja dan dengan
berpenat lelah berusaha, sama ada kepenatan tubuh badan dan kerja kuat atau
kepenatan berfikir dan meluah perasaan.
Pengalaman sedemikian
dialami oleh semua semua orang yang berada atau orang yang tidak berada. Cuma
yang berbeza ialah jenis kesungguhan bekerja dan kepenatan yang dialaminya.
Oleh itu, kepenatan dan
kejerihan itu merupakan suatu hakikat yang tetap dalam kehidupan manusia.
Kemudian seluruh manusia akan mengakhiri penjelajahan hidupnya dengan
kepulangan kepada Allah.
Wahai
Insan.
Engkau tidak akan
menemui kerehatan di muka bumi ini buat selama-lamanya. Kerehatan ini hanya
berada di akhirat untuk mereka yang patuh dan menyerah diri kepada Allah.
Kepenatan dan kejerihan itu hanya satu sahaja di bumi dalam kehidupan dunia ini
walaupun berlainan warna dan rasa, tetapi akibatnya berlain-lainan apabila
engkau sampai kepada Tuhanmu. Disana ada orang yang menerima kepenatan dan
kesusahan yang mengatasi segala kepenatan dan kesusahan di muka bumi ini dan
ada orang yang menerima kenikmatan yang menghapuskan segala penderitaan yang
pedih dan jerih yang dialaminya di bumi seolah olah ia tidak pernah
mengalami kepenatan dan kejerihan.
Wahai insan yang dikurniakan dengan
sifat-sifat kemanusiaan yang istimewa !
Pilihlah untuk dirimu jalan yang layak
dan sesuai dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah kepadamu.
Pilihlah jalan yang memberi
kerehatan kepadamu dari segala kepenatan semasa engkau menemui Allah kelak.
Seruan ini menghubungkan dengan
untung nasib yang akan diterima oleh orang-orang yang berpenat lelah dan
bertungkus lumus di dunia apabila mereka sampai di penghujung jalan menemui
Tuhan mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tenang. Sangat tenang bilamana Allah memujuk setiap lelah yang dilalui menerusi setiap bait ayat ayat cinta Nya agar kita terus menerus bangkit dalam meneruskan perjuangan ini.
Lelah bukan Lemah. Kerana adakalanya lemah itu mendamaikan. Sedamai pelukan kasih sayang Nya.
Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.
No comments:
Post a Comment