Sunday, 15 February 2015

One Step Closer




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum kesibukan berganda ganda, mari menulis sebelum kelupaan melanda.


'Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah dibumi dan Dia Mengangkat (derjat) sebahagian kamu diatas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang DiberikanNya kepadamu... '
 ( Al-An'am 6:165)

'Awak tak boleh tolak tau jika ada akhawat pelawa awak jadi muwajjih KECUALI kalau awak memang betulbetul ada uzur syar'ie' 
(Ukhtie Fathiah)


Tersentak juga bila dengar ayat ni. Tapi disebabkan ayat ini juga menjadi batu loncatan buat diri untuk terus lebih bersungguh sungguh dalam jalan ini. Sampai bila diri ini hanya menerima tanpa memberi ? 

Memang diakui, menjadi muwajji bukan senang. Terutama buat diri ini yang kadang-kadang gabra tak menentu. Tapi perasaan itu boleh dikawal, boleh dilatih. Lebih lebih lagi apa yang disampaikan itu adalah firman firman Allah. 

'Seorang muwajjih itu perlu jelas dalam jalan ini, dia dipilih bukan untuk menyampaikan bahan semata-mata, hakikatnya dia perlu untuk menyampaikan FIKRAH dari bahan itu' 
( Daurah Muayyid)

Dan tips yang paling mujarab untuk melawan perasaan takut gabra sedih gundah gulana sebelum menjadi muwajjih adalah dengan :

Meletakkan setinggi tinggi kebergantungan hanya pada Allah kerana Dia adalah sebaik baik Penolong. Smile :)

- Selawat
- Istighfar
- Solat Taubat
- Solat Hajat 

Zahirkan setiap permintaan dalam sujud terakhir. Dan mintalah pada Allah agar adikadik diberi kefahaman dalam agama, diri diberi kelancaran dalam menyampaikan bahan dan fikrah dan yang paling penting moga Allah redha dengan usaha sekecil ini dalam menyambung rantairantai perjuangan Rasulullah saw.
* I miss you so much Rasulullah !

Bila difikir-fikirkan semula, mudah sebenarnya di zaman ini bilamana semua bahan dah tersedia untuk membantu muwajjih antaranya : 

- Recording muwajjih terdahulu
- Modul
- Bahan 
- Buku rujukan
- Nuqaba' untuk bertanya
- Dan banyak lagi

Cumanya... nak atau taknak sahaja. Saya juga sedang bertatih. Sobsobs. Moga moga Allah sentiasa memilih kita untuk terus tsabat dalam gerabak ini. Ameen !


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.




No comments:

Post a Comment