Thursday, 19 March 2015

Al- Fateh

Welcome to Segamat Si Comel Al-Fatih :)


Ujian dan pengalaman membuatkan kita lebih kuat. Sekuat tiger. Malah lebih kuat. Alhamdulillah ! 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kereta mati di tgh jalan raya. Hon berbunyi di belakang tanpa henti. Femes seketika. Tet. Neves nya Allah saja yang tahu. Rileks. Start enjin, masuk gear satu dan jalan. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

Di tengah matahari yang memancar dengan jayanya. Pergi bengkel. Tanya itu ini. Setiap bengkel, lain jawapannya. Hmm. Absorber, spring, buffer. Tet. Bikin jiwa wanita ini merana sebab tak tahu apa2. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

Balik usrah, daurah dll. Drive sorang2 malam2 buta. Neves Nya Allah saja yang tahu. 

Yakin. Ini tanda Allah sayang :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman selebihnya bersama Al-Fateh biarlah menjadi rahsia kami berdua. Cewah. Moga moga Al-Fateh sudi menjadi saksi di destinasi terakhir nanti :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Teruskan berbakti buat ummat duhai Si Cilik Al-Fateh. Walau usia mu sedekad lamanya, kan ku pastikan semangat mu semuda Al-Fateh :)



Dan kerana Tuhan mu, bersabarlah :)




Menulis semata mata kerana Ilahi,
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Monday, 16 March 2015

Qawiy

Bilamana kamu merasakan semakin hari jalan ini semakin susah.

Itu baru dinamakan kamu membuat dakwah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Allah.. andai benar sebesar ini pengorbanan yang perlu aku berikan.. aku rela jika ini yang membawa kepada keredhaan Mu. 

Allah.. aku yakin, Engkau tidak meletakkan ku di jalan ini, melainkan Engkau mahu aku terus menerus memperjuangkan agama Mu.

Allah.. aku pasti, hanya dengan pertolongan Mu, aku mampu memikul beban dakwah ini, jika ini yang bisa membuatkanku untuk terus menerus berada di jalan ini.

Allah.. biarkan aku perlu berusaha sedaya upayaku semata mata bagi memastikan keberlangsungan dakwah dan tarbiyah terus subur di bumi Segamat. Aku redha. Teguhkan langkahku Ya Rabb !

Allah.. terima kasih kerana terus menerus mengurniakan jiwa jiwa suci yang mempu mengubat hati ini agar terus tsabat di jalan dakwah dan tarbiyah.

Allah.. terima kasih kerana menunjuki jalan ini. 

Tarbiyah is the seed of everything and everything begins with tarbiyah. 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Aku kagum pada mereka yang bergelar akhawat.

Kerana mereka bekerja semata mata hanya kerana Allah. 

Bukan kerana persatuan mahupun jawatan yang disandang.


Aku kagum pada mereka yang bergelar akhawat.

Saling menguat sesama mereka biarpun berlainan benua.

Biarpun mehnah menuntut di luar kemampuan seorang wanita.

Saling menjaga kawasan masing2 agar dakwah dan tarbiyah terus mekar dalam redha Nya.

Tiba masa pertemuan itu. Yakinlah Allah tidak akan mensia siakan mu. 

Terus kuat ya !

--------------------------------------------------------------------------------------------------



Menulis semata mata kerana Ilahi,
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Friday, 6 March 2015

Hamasah



“Dakwah ini tidak mengenal sikap lemah. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penyerahan sepenuhnya. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia mesti hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul bebanan ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan menggantikan mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.”

Imam Syahid Hassan Al Banna

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah ada pelbagai cara dalam memujuk kita.

Disaat diri terasa ingin dibelai oleh pelukan kasih sayang Nya, Allah menghantar seorang insan untuk terus memujuk agar terus teguh dalam jalan ini.

Ya, benar. Jalan ini memang susah. Allah tahu kamu penat. Allah tahu kamu tiada masa untuk diri kamu sendiri. Allah tahu kamu banyak masalah dalam jalan ini. Allah tahu. Allah tahu.

Bukankah kamu sudah berjanji untuk terus memikul beban dakwah ini ?

Bukankah sibuk di jalan Nya lebih indah dari sibuk pada perkara tak berfaedah ?

Allahu.

Again. Allah ada pelbagai cara dalam memujuk kita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang yang tidak menyampaikan dakwah umpama stesen janakuasa yang tidak menyalurkan elektrik. 

Cuba renungkan analogi Imam Syahid Hassan Al-banna ini:

"Di setiap kota ada stesen janakuasa elektrik. Para pegawai memasang tiang dan kabelnya di seluruh ceruk kota, lalu elekrik mengalir ke rumah, kilang, kedai dan tempat2 lain. Jika aliran letrik itu dimatikan dari stesen janakuasa, tentulah seluruh tempat jd gelap. Tenaga letrik ada d stesen janakuasa itu, cuma ia tiada faedahnya kerana tidak dimanfaatkan"

Semoga kita selalu menjadi penjana "dakwah" di bumi mana kita pijak insyaAllah.

Jzkk Ukhti Fillah ♡


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Wednesday, 4 March 2015

Lelah dalam damai



Kerana kasih sayang Mu yang tak pernah putus.. 

Ringkas. Huraian yang sangat cantik.

 Secantik setiap ujian dan permasalahan yang melanda.

Hidup di bawah bayangan Al-Quran.



'Quranic Circle Ibadurrahman' 

Surau SMK. 4 Mac 2015.




FI ZILALIL QURAN - SAYYID QUTB     
     
Surah Al-Insyiqaq Ayat 6      
      
'Wahai manusia ! Sesungguhnya engkau bekerja dengan begitu penat menuju Tuhanmu, maka engkau pasti akan menemuiNya'     
     
Engkau berpenat lelah meredah jalan pengembaraan hidupmu.
Engkau berpenat lelah memikul beban dan tanggunganmu.
Engkau berpenat lelah berusaha dan berjuang dan
Engkau berpenat lelah berjalan untuk sampai kepada Allah di akhir perjalananmu.     
     
Ya, engkau akan pulang kepada Allah setelah engkau berpenat lelah dalam hidupmu.     
     
Wahai Insan,    
    
Engkau terpaksa berpenat lelah walaupun untuk mencapai kenikmatan dan kesenangan hidupmu.
Engkau tidak akan mencapai kenikmatan itu di bumi melainkan dengan kesungguhan bekerja dan dengan berpenat lelah berusaha, sama ada kepenatan tubuh badan dan kerja kuat atau kepenatan berfikir dan meluah perasaan.

Pengalaman sedemikian dialami oleh semua semua orang yang berada atau orang yang tidak berada. Cuma yang berbeza ialah jenis kesungguhan bekerja dan kepenatan yang dialaminya.

Oleh itu, kepenatan dan kejerihan itu merupakan suatu hakikat yang tetap dalam kehidupan manusia. Kemudian seluruh manusia akan mengakhiri penjelajahan hidupnya dengan kepulangan kepada Allah.    
     
Wahai Insan.   
Engkau tidak akan menemui kerehatan di muka bumi ini buat selama-lamanya. Kerehatan ini hanya berada di akhirat untuk mereka yang patuh dan menyerah diri kepada Allah. Kepenatan dan kejerihan itu hanya satu sahaja di bumi dalam kehidupan dunia ini walaupun berlainan warna dan rasa, tetapi akibatnya berlain-lainan apabila engkau sampai kepada Tuhanmu. Disana ada orang yang menerima kepenatan dan kesusahan yang mengatasi segala kepenatan dan kesusahan di muka bumi ini dan ada orang yang menerima kenikmatan yang menghapuskan segala penderitaan yang pedih dan jerih yang dialaminya di bumi seolah olah ia tidak pernah mengalami kepenatan dan kejerihan.  
  

Wahai insan yang dikurniakan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang istimewa !

Pilihlah untuk dirimu jalan yang layak dan sesuai dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah kepadamu.

Pilihlah jalan yang memberi kerehatan kepadamu dari segala kepenatan semasa engkau menemui Allah kelak.

Seruan ini menghubungkan dengan untung nasib yang akan diterima oleh orang-orang yang berpenat lelah dan bertungkus lumus di dunia apabila mereka sampai di penghujung jalan menemui Tuhan mereka.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tenang. Sangat tenang bilamana Allah memujuk setiap lelah yang dilalui menerusi setiap bait ayat ayat cinta Nya agar kita terus menerus bangkit dalam meneruskan perjuangan ini.


Lelah bukan Lemah. Kerana adakalanya lemah itu mendamaikan. Sedamai pelukan kasih sayang Nya.



Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.



Mukhayyam

Mukhayyam Khariji 2015.

Ku pikul dakwah
Ku bina kepimpinan

Dakwah itu cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari kamu.

Fath
Nanad
Syida
Amal
Huda
Yaya
Tiqah
Akma

Sungguh. Sangat berat untuk melepaskan.
Allah, ku mohon jagakan mereka agar terus kuat dalam jalan ini.



Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.

Semalam



3 Mac 2015

Kejatuhan Khilafah Islamiyah.

Apa USAHA kamu untuk membina nya semula ?

Allahu Allah


Menulis semata mata kerana Ilahi.
Moga bermanfaat buat diri dan generasi.